Ayah Mentua Simpan Benda Halus


Nama saya Zali. Dua tahun lalu, anak sulung dan anak kedua saya asyik menangis dan asyik berada dalam ketakutan ketika tidur dalam bilik datuknya. Sudah lima bulan saya biarkan keadaan itu sebab saya rasa mungkin hanya permainan anak-anak saya untuk dapatkan perhatian kami di dalam rumah. Pada satu hari tu, anak kedua saya bermain di belakang langsir, ketawa dan memberontak bila disuruh berhenti. Katanya ada ramai teman bermain dengannya, kenapa nak berhenti? Anak saya teriak2 tak mahu berhenti.

Bila tengok keadaan semakin menjadi2, saya pasang video telefon bimbit betul2 di tepi jendela dan selama lima minit saya terus merakam dan melihatnya semula pada keesokan harinya di tempat kerja. Sebelum saya teruskan cerita, terlebih dulu saya katakan bahawa ketika saya suruh beliau berhenti, dia masih memberontak. Yang hairannya, datuknya berada di situ, bila budak tu melalak, dia berkata, "Biarlah... Biarlah, budak tu nak main2..." padahal datuknya tak tahu yang saya merakamkan segala2nya.


Esoknya saya terkejut, di dalam rakaman seolah2 ada orb dan ada refleksi bayangan budak kecil bermain di keliling anak saya, hodoh rupa budak2 tu, berlumpur dan menarik tangan anak saya. Saya jumpa pakar dan tunjukkan rakaman itu padanya. Pakar itu dah tahu sebab bila dia datang ke rumah ayah mentua ketika beliau tiada untuk melihat2 keadaan di rumah, dia pun berkata, "Rumah ni banyak saka dan banyak benda halus..." Saya terus mengambil keputusan untuk menghantar anak2 ke tajaka di rumah mak saya, walau mahal sekalipun kerana keadaan memaksa dan setelah mak habis kerja dia akan mengambil anak2 pulang. Malam akan saya ambil mereka pulang bersama dan tidur bersama.

Malam2 berikutnya sangat menyeramkan. Anak saya sulung akan berbual di telefon sendirian seolah2 ada orang sedang menelefonnya. Bila ditanya, katanya kawan ibu. Bila dengar, hanya bunyi seperti telefon digantung. Setiap hari Selasa ada sahaja bau kemenyan dan bau bangkai, bila tanya mak mentua, dia berkata, "Tulah bau busuk sangat, mak pun tak tau Zali, bau tu selalu dalam rumah, semua bau busuk, mak pun nak muntah..." Bila tanya ayah mentua, katanya, "Kau orang ada saja, mana ada bau busuk???" Hari itu buat saya amat ragu2. Pada sebelah malamnya sekitar jam 3 pagi, saya menjenguk ke celah pintu bilik ayah mentua, rupanya bila mak mentua keluar bekerja setiap malam, ayah mentua akan membuat sesuatu yang dianggap berdosa di sisi ugama.

Dia akan menyeru makhluk dan menurun. Saya pernah ternampak polong, kakak cantik dan hantu jantan di dalam biliknya. Seram saya dibuatnya. Pada mulanya nak tersungkur jatuh tetapi saya berjalan dengan perlahan terus masuk bilik dan tidur bersama anak2. Pada satu hari ayah mentua berbisik pada saya, "Aku tahu kau dah tahu, jadi jangan bilang mak dan adik kau..." Hari itu merupakan hari Rabu, saya tak bekerja, jadi saya ambil peluang ke rumah mak. Saya berbohong dengan ayah mentua nak ajak anak2 jalan2. Saya bungkus pakaian anak2 semuanya dan terus keluar rumah, nasib baik masa tu ayah di bilik air. Saya cabut dan malam tu beritahu isteri untuk pulang ke rumah mak saya.

Isteri saya tak hendak, memang keras kepala. Bila dia pulang, dia seakan dibuat ayahnya menurut kehendaknya. Mungkin juga isteri sekongkol sebab berkali2 anak sulung saya berkata, mak ada patung kecil, ada jarum dan patung tu seram menurutnya. Mungkinkah itu voodoo Melayu? Saya sudah pun sewa sebuah rumah, walaupun isteri sering pulang dan bawa benda2 yang tak harus dibawa. Alhamdulillah anak2 saya sentiasa diberi air penawar atau air kandungan ayat2 suci yang dibuat pakcik saya di Johor.

Sekarang isteri saya takut nak pegang anak2nya dan takut dengan saya, kerana mungkin perbuatan saya yang sering terpaksa selongkar almari, kain baju serta apa jua barang2nya untuk membuang benda2 untuk menyihir. Selain itu saya sering setiap pagi dan malam akan tabur garam jantan dan lada hitam seluruh rumah. Saya juga akan mengazan setiap masuk waktu Maghrib. Kalau syif malam, mak saya akan menjaga anak2 dan akan solat setiap masa di rumah saya. Tentang ayah mentua, dah jarang kami temui dan dah jarang kami tanya khabar. Buat ayah mentua, hentikanlah hal2 bodoh yang tak berfaedah. Kemungkinan juga abang ipar saya melarikan diri atas keselamatan keluarganya. Hentikanlah untuk kebaikan diri dalam dunia dan akhirat. Buatlah amal ibadah, semakin tua semakin kita berumur harusnya kita berbuat amal jariah. Bertaubatlah!!!
Lebih baru Lebih lama